Wednesday, July 25, 2012

Kehidupan: Remaja Nan Bercinta



Picture by UmarMita (http://www.facebook.com/dearumarmita) of LangitIlahi.

Kahwin. Sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi bila kelihatan gambar-gambar perkahwinan yang indah, diri terasa seperti berada di awangan. terus memasang angan-angan, terus menetapkan cita-cita, mahukan yang sedemikian, moga menjadi realiti di alam kehidupan kita.
Dan kadangkala impian ini membuatkan ramai antara mereka tergesa-gesa. Ingin cepat berkahwin. Dan dalil-dalil nikah awal diangkat dengan penuh garang, bajet-bajet perkahwinan rendah dipromosikan bagai nak rak, dan ibu bapa menjadi mangsa serangan mereka. Menyatakan ibu bapa tidak memahami, mahu menghalang perkara yang baiuk, tidak mahu membantu, tidak sederhana dan sebagainya.
Itulah kebanyakannya, remaja nan bercinta.
Darah muda. Panas. Fikiran biasanya tidak panjang, walaupun terasa  bahawa dirinya seakan matang.
Cinta dan Kehidupan
Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?
Itu persoalan saya dalam merungkai permasalahan remaja mahu bernikah terlalu awal. Dalam keadaan diri tidak punya kemampuan, saat kematangan sendiri belum tumbuh, sudah disibukkan diri hendak berkahwin. Alasannya, sudah terlalu lama bercinta. Dari tingkatan tiga contohnya. Maka mahu berkahwin kerana ingin mengelakkan penzinaan.
Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. Maka saya suka mengemukakan satu soalan apabila berhadapan dengan manusia yang memberikan alasan sedemikian:
“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”
Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:
“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”
Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan  yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?

Kehidupan Dan Kita.
Kehidupan tidak akan berbelas kasihan dengan kita, waluapun mungkin kita menyantuni kehidupan. Kehidupan adalah makhluk kasar yang membesar. Saban hari semakin menekan manusia. Dari dahulu tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang dan kos, sekadar bertgantung hidup kepada alam, kini duit adalah segala-gala. Beberapa manusia sering berkata: “Duit bukan segala-galanya”, namun silap meletakkan konteks ayat tersebut di dalam praktikal hidup.
Ya, majlis perkahwinan tidak perlu berlebih-lebihan. Tidak perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit hanya untuk majlis yang sehari cuma. Begitulah caranya kita menyantuni kehidupan. Meletakkan yang syara’ di hadapan. Namun, kehidupan tidak akan menyantuni kita. Majlis yang murah dan sederhana itu, walaupun telah menyelamatkan wang kita, menjadikan para remaja yang tidak punya apa-apa mampu berkahwin, kehidupan tetap akan memerah wang dan keringat kita.
Bil elektrik, bil air, bil internet, minyak kereta, servis kereta, perabot rumah, wang dapur, tambang pengangkutan awam, dan bila ada anak segala perkakasan anak serta kelengkapannya. Cukai ini, cukai itu. Bayar ini, bayar itu. Harga pula saban waktu naik dan meningkat, menekan dan terus menekan. Itu belum dikira nanti bila masalah di dalam rumahtangga muncul, menambah tekanan.
Maka bagaimanakah kita menghadapi kehidupan?
Adakah cukup sekadar berkahwin dengan kos murah, dan kemudian merasa aman?
Kehidupan yang sedemikian bukan boleh dilalui oleh mereka yang tidak punya persediaan, yang tidak punya disiplin, dan yang tidak punya kematangan.
Maka mengapa membiarkan cinta masuk, kala diri masih belum bersedia mengharunginya?

Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.
Memang. Memang sempurna tidak akan hadir. Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya. Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”
Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. Realiti kehidupan jangan dipadamkan di dalam kemabukan bercinta. Sesungguhnya kemanisan dalam perkahwinan itu, datang dengan persediaan yang rapi. Kita bukan mahu berkahwin sehari dua. Kita bukan mahu berumahtangga sebulan sahaja. Tetapi kita mahu sehingga ke syurga sana.
Kita mahu rumahtangga kita melahirka para mujahid, memberikan manfaat buat Islam. Bukan rumahtangga yang sia-sia, yang menghasilkan penghabis oksigen semata-mata.
Maka remaja nan bercinta perlu sedar.
Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.
Kita bukan main masak-masak!

Bakal terbit hujung bulan Julai 2012 ini! Buku Motivasi Cinta – Sebelum Aku Bernikah. Buku Motivasi terbaru saya!
Penutup: Remaja Nan Bercinta, Jangan Sibuk Bermanis-manisan.
Saya telah bernikah. Saya rasa berpuas hati dengan segala kesusahan dan kepayahan yang saya lalui kala saya berusaha untuk bernikah.
Pergi menuntut pengalaman dengan pelajar-pelajar PhD, bertemu dengan rakan-rakan yang telah bernikah untuk menimba ilmu, membaca buku, mengumpulkan kekuatan wang, membersihkan peribadi, mengoreksi diri agar lebih rapat kepada Ilahi, membuang saki-baki jahiliyyah di dalam diri dan sebagainya.
Panjang perjalanan saya. Semenjak tingkatan 4 lagi. Bukan bermula dengan “Oh, dia itu saya cinta.” Bukan. Tetapi bermula dengan “Aku ingin bernikah dengan pernikahan yang terbaik, membina rumahtangga yang terbaik, agar ini semua menjadi saham di akhirat sana.” Di situ saya mula berusaha untuk bersedia. Memang kadangkala diri ini masuk mode jiwang, namun usaha tidak pernah diabaikan.
Selepas punya kemampuan yang saya kira sesuai untuk meneruskan hidup, barulah menyebutkan hajat ingin bernikah, memperkenalkan siapa yang bertakhta di dalam hati, kepada Abah dan Ummi. Ya, itulah saya. Itupun masih punya pelbagai cabaran dan dugaan saat merentasi alam percintaan ini. Namun kini alhamdulillah, Allah kurniakan saya pernikahan yang baik, isteri yang manis, dan kini barulah saya benar-benar mengecapi apa itu yang dinamakan bahagia. Rasa berbayar sungguh segala kesusahan selama ini, dan rasa diri ini sedang dipersiapkan untuk kesukaran masa hadapan nanti. Begitulah perasaan saya.
Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.
Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.

Ok ! aku x taw knp aku nak bg entry nie utk kali nie .
bile aku bace aku sgt tertarik utk kongsikan bersama , 
untuk same2 kite berfikir sejenak .
selamat berfikir dan melaksanekan yee .
sumber : Hilal Asyraf .

Monday, July 23, 2012

first ramadhan~

Salam ramadhan ~
perghhhh !
mcm x caye jer da tibe bulan ramadhan yg penuh barakah kan ,,,
ramadhan kareeem .
hehe .

ha ! 
aku cukup dan semangat giler taw x .
first ramadhan yg the best thn nie .
ape x nye ,
happy la sgt2 bile mane
adek bradek mum yg rapat2 ngan kami
plan untuk berbuka di rumah RAHIMIZAT 
(RAHIM & FARIZAT)
kelas gitu !
hahaha .

best2 giler bile
nenek . mak long . mak ngah n anaknya .
pak teh n family . mak bik . pak uda n family .
mak cu n family n tentu2 la my mum n big family .
hehhe ,
haaaaaa ! tu bru sikit you . 
belom sepuluh2 adek bradek mum berkumpul ,
mmg riuh rendah jadinye .
ape x riuhnye ,
my mum punye family mulut semua mcm aku !
hahahhaha ... 

bermule jam 2 petang semua
anak2 mum n menantu ke dapur
utk mulekan proses memasak laaa ..
hehhe ,
mmg terbaek !

haaa !
dah siap masak lbih kurang jam 4 tu !
aku , adek aku farahin tu n kak long aku ,
hah ! sakan keluar g mydin .
hahahha ,,,
lagi bestnye 
masing2 bawak ANAK masing2 ,,,,
hahahha ! aku bwk anak mak andak aku ,
farah bawak anak pak uda aku .
2-2 1tahun punye budak .
kak long bwk musfirah !
hah ! dah mcm 3 janda bwk ank sorg taw x .
mcm2 ragam masing2 ....
tergelak2 aku taw x ...
kikikiki ,

sabau je la !
yg best nye ,,,
bile mne jmpe anak2 pakteh yakni sepupu sepapat aku ,,,
lme x jmpe dieorg .
perghhhhh ! masing2 da tinggi2 belake !
kalah aku ,,,,
hahah ,
yela masing2 da pon besau kan ..
padahal time kecik2 slalu jer 
main same2 ,,,,
gelak sme2 .. kne marah pon same 2....
hahahha ....


nah !
tgk jer la gmbo nie ...
heheh
































































Akhir kata ,,,
aku sayang keluarge ini kerana Allah ,
moge kite semua sentiase bersam rahma ilahi ye pakcik2 dan makcik2 ku
yg tercinta ...

salam syg semua ~<3
puase dan solat terawih jgn lupe .
hehe ,
moge sentiase bersama rahmat ilahi ,


Friday, July 20, 2012

U.S.I.M ~

Assalamualaikum ,,,
kehadapan sahabat alam maya yang aku rindui
*cehhh ! da mcm tulis surat la plk ,
taw la dulu BM A time SPM x payah nak bgtaw sume org !!! hahaha
BEDAGAK GILER KAN ,
huhuhu

hmmmm ,
serius !
BUSY + TERKEJAR + PENAT + XDE MASE = blog x berupdate !
hohohoh0

boleh x trime alasan tu ek ???
ah ! trime atau x tu x penting ,
yg penting semmentare tgh rajin + ade mood menaip = update crite maaa ,
hohoho

cuti tgk blik kat atas tu ,
ape title/maudu'/tajuk
kite pada hari ini ,
hahaha

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
perghhhh ! nme tu gah x gah jgk la ,
heheh
ok ! aku nak crite sikit pasal UNIVERSITI ,
bukan nak belagak or ape2 k ,
just nak kongsi rase happy ngan sape2 yg sudi
nak taw , tp bg yg x nak taw cpt2
halakan TETIKUS , mouse tikus2 anda ke
anak panah x yg warne merah tu ok ,
xpayah amek taw klu xnak taw x de paksa pon kat sini !!!
hahaha ,
ayat nak serius ,, huhu

hmmm ,
ok ! buat mereka yg sedang menanti tulisan aku meh sini ,
aku bg cerita k .
heheh

ok ! sume kene senyum dulu ye supaye smbil bace x la
muke tu berkerut2 sgt ,

ok! serius~
Alhamdulillah , tepat (ye2 jer tepat . hoho)
jam 10.30 aku telah pon mendapat berita melalui sms
yg aku ditawarkan kursus QI11 .
dan jam 12 tengahari aku telah menyemak di laman KPT




SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
SESI AKADEMIK 2012/2013
LEPASAN STPM/SETARAF
 
NO. KAD PENGENALAN/MYKAD:930521055076
NAMA:NUR FAZLIANA BINTI ABD RAHIM

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM:QI11 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN:SARJANA MUDA PENGAJIAN SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN
:UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
URL SURAT TAWARAN:http://esst.usim.edu.my
 
CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2012 (Isnin)dan Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 22 Julai 2012.

Sumber:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



tande kesyukuran
aku teros ke bilik air ambil wudu'
teros melakukan solat dhuha dan sujud syukur jam 11 tu ,,,
heheh
Gembiranye aku hnye Allah yang tahu ,
leganye aku hanye Allah yg tahu .
sape la yg x suke bile dapat melanjutkan pelajaran
ke peringkat yg lebih tinggi ,
perghhh ! FAZLIANA RAHIM nak ambil DEGREE !
hehe

walaupun aku ade jgk rase sedih sbb x dpt U lbh teramat aku minat n nakkkk ,
UKM . huhu
tp Alhamdulillah lbh baek dapat dr xdapat ,
yela Allah kan tahu ape yg lebih baek buat hambanya ,
betol x???
sooo x payah nak kecewa sgt .
bnyk benda yg aku kecewa tu semua menjadi penyebab
untuk aku lebih kuat dan matang ,
aku nak A tapi Allah bg yg D
aku nak C  tp Allah bg F .
haaaa ! Akhir sekali aku plk x sngke2 rupenye Allah nak bg B (BAHAGIA)
hehhe ,,
ok x teori aku nie ??
=)

ok ! la tu walaupun hanye USIM
drpd kawan2 skolah lme aku yg ramai x dpt tawaran .
kesian sgt mereka ,
tp aku pasti Allah nak bg sesuatu yg baek utk merka .

hmmm ,
ok ! lepas jer da dpt tawaran
ape lagi sure2 la BUSYYYY yg teramat sgt ,
nk uruskan itu , uruskan ini .
disebab kn aku dah ade lesen ! sooo x de sebab semua
bende kne tunggu my mum right ...
jadi dengan sikap yg mmg suke wat semua sendiri
aku pon uruskan la ape yg blh .
aku suh my twins minx cuti kat bosss utk uruskan ape yg penting dulu .
sooo ,ari rabu lepas aku mule kan proses yg pertama .
kami berdua memilih utk naek
TENGGILING BESI .

NAK TAW SEBAB APE ???
ok yg :
1 . naek moto senang nak celok2
2 . x payah susah2 nak pusing 2 3 kali cari tmpt yg kami nak pegi
maklum la aku nie mmg ank n9 .
tp 5 thn dok johor
lps spm dok mans . abs jer mans tros dok bangi ,
haaaa ! mne la nak pro jalan seremban .
tp skrg makin baek laa ... kikiki
3 . senang nak cri parking x payah sush2 kne hon smbil cri parking
4 n the last mmg mudah buat urusan dengan moto kat seremban
yg teramat sibok tu ...
hohoho

ok ! tempat pertama kami pergi ke pejabat yayasan .
serius itu kali pertama beb !
dah la x taw .
sooooo , malu bertnye sesat jalan kan .
kami gunekan mulut yg comel nie tnye la kat jaga .
die ckp naek lif g tingkat 11 .
hahahha .
sooooo , naek la smpi tingkat 11 .
then g jumpe akk kat kaunter tu minta borang .
 die kasi lps tu kami pon blek .
tempat kedua kami ke bank ISLAM .
hohoho
aku mmg dah ade akuan tu tp
aku dah 6 tahun x aktif !
x sangke plk masih ade lagi ,
ingtkan dah kne lupus da aku punye akuan tu ,,,
heheh
just tmbah RM 10 utk aktifkan blek .
soooo , aku kne la tunggu utk buka akuan kembar kau plk ..
huhuhu

dah settel urusan kat bank islam kami pon teros g umah makcu
hehehe ,,,
sbbb tugas aku plk nak kne tlg mak cu mandi kan
nur Quratunnisa , sedia kan makanan mak cu ,
sediakan ae yg  patot ,
then time tu mum pon ade skali .
smpi la abs mum masak2 utk nenek kami semua pon bertolak ke KLIA ...
utk jemput org MESIR ~
hhuuhuhu
tahun nie abg aku blek raye kat malaysia .
* cerita tntg org mesir entry laen ok

hmmm ,
ok ! masok hari khamis ...
aku da janji ngan mira utk g KLINIK KESIHATAN AMPANGAN ,,,
nak wat pe kat situ ???? sape saket ???
wehhhh ! bukan ke FAZZ tu x suke g klinik ?? tgk org saket die nak la
tp klu die saket x kan punye ke sane !
budak degil tu x payah laaaa ...
hahhahah ....

hmmm ,
ok ! kami kesane nak buat MC laaa ,
medical chek up laaa .
huhuhu

klu nak msaok mne2 ipt kan kne la ikot prosedurnye ...
hahhaa ,,,
hmmm , pagi2 kul 8 kami dah g sane ,
bile smpi sne org tu ckp org yg bahagian x-ray x de soo kene wat ptg ...
kami pon kluar dan g seremban ,
uruskan mira punye borg yayasan ,
bank dan smpi tghari kami ke rumah maksu .
huhuhuhu

dah settel kan umah maksu lepas zohor
kami ke bank semule sbb kad mira ade masalah ,
then lps tu tros ke klinik blek utk wat chek up !
dr kul 3 lbh tu smpi la kul 5 tp aku punye masih x settel .
sbb aku perlu buat URINE DRUG TEST ,
hah ! ape nak cepat punye pasal g la hospital SALAM .
soooo g kejap jer die kate kptsan kua mlm nnt ,
mira anta aku pulang rumah .
soooo ! smpi jer rumah kemas sikit dapor ,
then mandi , dlm kul 7 kua g umah mak cu sbb mak long
minta tlg ,,,,
lps jer tlg2 ape patot ,
tros ke hospital SALAM  utk amek result ....
hahhaha !

aku nak gelak sgt bile nurse yg bg result tu buat aku cuak ,,,,
ok ! semua result awkkkkkk ,,,,,
hmm ,,
negetive !
hahhaha
akk nie wat cuak jer aku ckp .
hahaha .

haaaaaaaaa !
ok ! aku da penat sambung esok blh x??? x pon sat ag !
ok~

smbung......

Wednesday, July 4, 2012

Harapan itu telah aku gapai~


#AKU RINDUI BLOG YG BERSARANG NIE#


SALAM SAYANG BUAT PENGUNJUNG BLOG 
BICARA HATI .

^-^




Assalamualaikum ...
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua ! haha
teruja plk aku .
ape xnye dah berzaman blog nie x berupdate .
masa yg sangat suntuk membataskan aku utk meng"update" blog kesayangan
aku nie.... haha .

akhirnya dapat jgk aku meneruskan penulisan ,
tu pon selepas 3 hari aku berhenti kerja ,
haha !
seee , betape busynye PM sorang nie ,
kikikiki

firstly aku nak ucapan syukur kehadrat ilahi kerane masih mengizinkan aku
utk terus menghirup udare yg sgt segar .
hmmm ,

aku sape taw rase2nye aku nak tulis pasal ape kali ?
haha !
mst la korang x taw kan .
laen la korang tgh rse 
"DEJA VU"
hahaha , nie gare2 taksub sgt tgk cite dejavu di kinabalu la ni .
kikikiki

aku yg pastinye aku nak tulis tentang "KONVOKESYEN"
aku ari sbtu lepas .
haha
konvo ???? sejak bile plk aku masok U nie ek ? hahah
x la konvo STAM aku ,
kan aku ke pra-Universiti lepas SPM aritu .
heheheh
soooo ,
Alhamdulillah skarng 
HARAPAN ITU TELAH AKU GAPAI

hehe ,
best ke x best ke tajuk hari nie lantak pi .
aslkan aku hepi sbb tangan aku tersgt rajin utk menulis .
hehe .

ok ! aku mulekan dr permulaan perjalanan aku ke sane ok .
hmm .
jumaat malam aku bergegas balik dari bangi ,
hehe ,
then smpi je mlm aku pon da loteh litok .
hahaha , 
pagi2 tepat jam 6.30 aku ,
kembar aku . fara ain , syafiqah , n tyrah zahari pon
naek kereta dan teros ke gemencheh .
hmmm ,,
sesampi ke kat tampi dpt panggilan dr kwn 
yg die ckp majlis mule kol 10.30 dan bukannye 8 pagi !!!!!!
hah ! amekkkk ko , ape x mengamok akuuuuuu .
puas la bergegas pagi2 .
senget btol .
mcm2 info dpt last2 salah .
mmg the best n terbaek la !
haha .

aku kemain rsau takot2 klua abs late ,
sbb aku nak bergegas blek bangi plk lps zohor ,
soooooo disebabkan da taw mule kol 10.30 kami pon g beli sarapan 
then melepak plk kat umah UST Nizam ,
haha ,

then da abs mkan sume kmi pon bergerak ke gemencheh . 
JUMPE la kwn2 ...........
haaaaaaaaaaaaaaaa , masing2 paham je la ea ,
bile da jmpe kwn2 nie taw2 je la ....
riuh sekampung ,,,,
buat maahad tu macam kami yang punya ...
hohoho .

Nak nages pon ade bile jmpe meraka ,
yela rindu tu Allah jer taw ......
menjerit sane2 , menjerit sini .
hahah ,
peluk sane peluk sini .
hahahah ,.
klakar jer ,,,

ok ! yg pasti  nye mmg aku amat teruja dan terharu 
bile aku dapat memegang sijil STAM tu .
yela mmg bukan senang untuk dapat kan sijil 
dgn ilmu yg sgt bnyk tu ,
aku sentiase berharap agar ilmu tu membawa kebaikan buat ku .
hehe ,
best tu naek pentas then yg bgi tu MENTERI BESAR N9
hehe .
pengalaman pertama amek konvo .
haha ,
siap berjubah konvo you .,
jgn main2 .....
heheh .

hahha .
lagi pon STAM kan setaraf dgn DIPLOMA kan ,,,
sooo x slah klu aku tgh berckp pasal konvo .
haha
dapat la jgk aku merasa pakai jubah konvo tu walaupon
tanpe topi empat segi yg ade rambu ramba tu .
hahaha

rse seronok yg x terkate , yela ape x nye . dpt kumpul semule kwn2 STAM dulu ,,,'haha
borak2 , bising2 , share cite masing2 yg kat lua , dan semestinye la kan berlakunya kekecohan yg terlampau2 , smpikan dapat note ""please stop talking " who make noise she/he in catagories animals not human ."
haaaaa ! amekkkk ko ! hahaah .
tersenyap seketika msing2 ,,,,
ah ! tp kejap je lps tu hahaah mcm pasar malam balek ,...
betape bnyknye cerita antara kami ...

lagi pon ape x nye berjam2 suh tunggu kat lua tu sementara MB trh berucap ....
hahaha
sape x panas . kikikiki

time tu aku bersebelahan dgn kwn time stam dulu ,,,
haha ,
halim namenye
die blh ckp ape taw ,
weh fazz , bile nak gaduh nie .,..
hahahhahha
mmg rindu giler taw x .
saat2 gadoh ngan die n qila kat dalam kelas dulu .
kebetulan die dok depan aku ,
hahah
kne plk aku ngan qila mmg kecoh orgnye .,...
hahhahah ,,,

rindu3 !
maahad ahmadi aku sentiase kan merindui ...
mcm2 aku dapat kat sne ,,,,,,,,
besttttttttttnyeeeeeeeeeeee ,
hahaha ,

seronok ! teramat seronok .
huhu.

hmmm ,,,
aku pon smbil gelak2 snbrnye
dalam keadaan gelisah dan x tentu hala .
ape x nye aku kne pastikan aku kne smpi kat bangi dlm kul 4 gitu ,
mase da menunjukkan kul 1.20 .
hahah ,,
tepat jam 1.30 turun maahad STAM amek barang2 adek aku
then kul 2 pecut ke seremban ,
hahah .
lih kurang 3.15 aku pon smpi semban ,
tros solat zhor then aku teros pecut ke bangi ...
hahahha ,
bergegas laaa aku ape lgi .......
perghhhhhh !
penat die mmg terbaek laa kan .,..

hmmm ,,,
ok ! dikesempatan ini
aku nak ucapan TAHNIAH buat sahabat2 aku yg dulunye
berperang untuk dapakan ape yg kita dapat sekarang .
mmg the best dan terbaek bile inagt kan saat2 perjuangan tu ,
haha ,,
msing2 mmg berperang abis abisan ...
hehehe ,
Alhamdulillah xde sape yg terkorban
semuanye selamat insyaAllah .
hehe ,
lps nie kite semua akan tempuh alam yg sgt dan tersangt dan teramat mencabar ,
harap kite dapat kekalkan keselamatan kite yg sekarang untuk yg akan dtg .
skrg kite semua x de yg terkorban dan sentiase berharap
akan dtg juge tiade siape yg terkorban terutama dalam arus khdpn .
hehe

selagi ingtan aku segar aku kan sygi kalian.
salam syg shbt ku yg tercinta ,
moge ukhuwah ini sentiase teros segar didunia hingga ke jannah ,

salam kerinduan dan syg buat kalian ~
<3



ok now , time to see all the picture at  : konvokasyen STAM 2011

Bersama MB negeri sembilan .

Bersama VVIP 



Ready ??? 1..2...3... clik ! hehe

Mesra~

alamakkkk ! blurrrrr  la plk ....

dato nak satu kali gambar ! hoho

Alamakkkk ! knp gigi sye jer yg terkeluar ! haha

tu diaaaa ! sahabat sejati .

knp aku perlu tunduk nie !!! hihi

yeah ! halim bersama shbtnye syakir . hihi


sahabat2 muslimat ! sentiase merindui kalian ~